728x90 AdSpace

Saturday, 4 October 2014

Terkini: Alvin Tan blogger seks yang kini diburu pihak interpol atas permintaan pihak polis Malaysia


Nampaknya Alvin Tan cuba memberi tekananan kepada Kerajaan Malaysia.
Sebelum ini, dia dan pasangannya cuba memprovokasi dengan menghina bulan Ramadhan dan Islam sehingga menyebabkan mereka diambil tindakan mahkamah.
Kali ini Alvin Tan dia telah memuat naik gambar menteri-menteri termasuk Perdana Menteri Dato' Seri Najib dan hakim negara dengan menukar hidung mereka kepada bentuk khinzir.
Ini adalah tindakan yang sangat tidak menghormati seluruh rakyat Malaysia kerana tidak melambangkan budaya Malaysia.
Tidak tahu apa tujuannya dan yang pasti tindakan tersebut boleh merbahayakan dirinya meskipun jika undang-undang Malaysia tidak dikenakan keatasanya.
Katanya menerusi status berkenaan, "Seorang rakyat dipenjara hari ini kerana menggelar polis trafik 'monyet' di Facebook. Sekarang aku panggil kesemua kamu babi. Tolonglah datang tangkap!"
Lagi cabarnya "P.S. Kepada penyokong babi sekelian, silakan tag para pemimpin kamu untuk memaklumkan mereka ada 'hasutan' berlaku di sini. Tapi tak payah susah-susah aku dah buatkan pun" disusuli dengan tag kepada nama-nama pemimpin berkenaan.
Bagaimanapun tindakan dia itu mendapat sokongan daripada beberapa individu yang sependapat dengannya.


Namun bersyukurlah tidak ramai yang menyokong tindakannya dan ada yang mencemuh perbuatan Alvin.


Sumber www.siakapkeli.com
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Terkini: Alvin Tan blogger seks yang kini diburu pihak interpol atas permintaan pihak polis Malaysia Rating: 5 Reviewed By: Kaki Arnab