Malaysia sentiasa dikenali dengan negara yang aman makmur dan rakyat yang bersopan santun. Mungkin demi mengejar kemajuan yang pesat, mengakibatkan sifat rakyat Malaysia telah bertukar kepada keganasan.
Diharap orang ramai berhati-hati di kawasan Kuala Lumpur kerana pagi tadi rakyat Malaysia dikejutkan dengan sebuah letupan bom tangan di hadapan sebuah pub di Jalan Bukit Bintang.
Seramai 14 orang cedera awal pagi ini susulan kejadian itu .
Menurut sumber polis, joki kereta Tiong Kwang Yie, cedera parah dan kini berada dalam keadaan kritikal.
"Polis menerima aduan pada jam 4.25 pagi dan menghantar wakil ke kelab malam Cherry Blossom bagi memastikan kerosakan.
"Laporan awal menunjukkan dua butir bom tangan dicampak dari tingkat dua bangunan."
Mangsa lain yang cedera berumur antara 20 dan 42. Mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tung Shin.
"Mereka yang cedera termasuk warga dari Thailand (1), China (2) dan Singapura (2). Sebahagian daripada mereka adalah penaung kelab," kata satu sumber.
Mangsa dikenalpasti sebagai Lim Soon Hock, 51; Teoh Meng Keow, 40; Yaw Lee Hock, 41; C. Revindran, 49; dan Tiong Kwang Yie.
Warga asing adalah Jasu (Thailand), Wong Kim Teng (Singapura), Ma Yunfeng dan Yong Jiaqin (kedua-duanya dari China).
"Siasatan awal mendedahkan dua butir bom tangan dilemparkan tetapi hanya satu meletup.
"Serpihan daripada bom tangan itu menyebabkan kecederaan kepada pejalan kaki," tambah sumber itu.
Empat kenderaan turut rosak dalam letupan itu – Toyota Vellfire (WVL 168), Toyota Camry (WTT 8999), Mazda 2 (WXJ 3333) dan BMW (WTV 36).
Polis menemui bom tangan kedua yang gagal untuk meletup, di bawah Toyota Camry.
"Kami percaya ini ada kaitan dengan dunia jenayah."
Satu pasukan forensik polis adalah di tempat kejadian, menyekat kawasan itu bagi mencari petunjuk dan menemuramah saksi.
Menurut polis, pemeriksaan mendedahkan bom tangan digunakan dikeluarkan pada bulan Mac 1983
Sumber: Bernama
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Update: 9 Okt 2014 12PM
Senarai nama mangsa2:
Mangsa yang dirawat di Hospital Tong Shin:
1.Lim Soon Hock (L)
KPT: 631210-07-5045
1.Lim Soon Hock (L)
KPT: 631210-07-5045
2.Teoh Keow Meng (L)
KPT: 740710-07-5167
KPT: 740710-07-5167
3.Yaw lee Hock (L)
KPT: 730530-06-5181
KPT: 730530-06-5181
4.Revindran chitavelu (L)
KPT: 650717-04-5391
KPT: 650717-04-5391
5.Jasu (L/Thailand)
No passport: Y844674
No passport: Y844674
6.Wong Kim Teng (L/Singapura)
No passport: S0843417D
No passport: S0843417D
7.MA Yunfeng (P/China)
No passport: E19669631
No passport: E19669631
8. YONG Jiaqin (P/China)
No passport: belum diperolehi
No passport: belum diperolehi
9. WONG Kim Teng (L/Singapura)
No passport: S0843417D
No passport: S0843417D
10.TIONG KWANG YIE(L)
KPT: Belum diperolehi
KPT: Belum diperolehi
4buah kereta yg ada kesan sprinter letupan:
1. WVL168 Toyota alphard warna putih
2. WTT8999 Toyota Camry warna putih
3. WTV36 BMW325i warna putih
4. WXJ333 Mazda2 warna kelabu.
0 comments:
Post a Comment