728x90 AdSpace

Monday, 13 October 2014

Puteri - Siri Animasi Terbaru Les’ Copaque


Setakat ini, Les’ Copaque sentiasa mengeluarkan animasi yang berkualiti tinggi. Bukan itu sahaja, malah gaya penceritaan dan jalan cerita yang menghiburkan penonton. 
Kali ini Les’ Copaque Production Sdn Bhd tampil dengan siri animasi terbaru berjudul ‘Puteri’ yang dijangka menemui penonton pada November ini, di stesen televisyen TV3.
Tambah menarik, siri animasi yang diolah penceritaan ke arah ketimuran itu menampilkan watak utama yang diberi nama berdasarkan limau, antaranya Manis, Kasturi, Bali, Purut dan Nipis.
Siri animasi ini menceritakan kisah kehidupan lima puteri di Kerajaan Limau, yang diselitkan elemen-elemen tempatan di alam fantasi.
Manis adalah puteri bersuara merdu, manakala Kasturi adalah seorang wirawati.
Purut adalah gadis pemalu, Bali berhati baik, sementara Nipis pula adalah seorang puteri nakal dengan kucing kesayangannya Jebat.
Lima beradik yang masing-masing memiliki kebolehan luar biasa tersendiri itu, apabila digabungkan mampu mengalahkan ancaman jahat, makhluk mistik dan sihir, untuk mempertahankan keamanan serta keharmonian di Kerajaan Limau.
Treler rasmi animasi itu yang mula tersebar di media sosial, mendapat reaksi positif daripada orang ramai yang kebanyakannya memuji usaha syarikat penerbitan berkenaan dalam mengangkat industri animasi negara ke tahap lebih tinggi.
Penghasilan siri animasi ‘Puteri’ yang bermula sejak akhir 2012, kini dalam proses suntingan terakhir, sebelum dijadualkan ke udara pada 23 November nanti.
Saksikan trailer Puteri:
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Puteri - Siri Animasi Terbaru Les’ Copaque Rating: 5 Reviewed By: Kaki Arnab