728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 17 September 2014

    DAP Kuching meminta maaf selepas mempersoalkan lagu kebangsaan dimainkan di pawagam



    KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuching yang juga Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen hari ini memohon maaf atas kenyataannya berkenaan lagu Negaraku yang dibuatnya menerusi laman sosial Facebook.



    "Walaupun saya merasakan agak tidak sesuai untuk memainkan lagu kebangsaan di tempat hiburan seperti panggung wayang, namun perkataan yang telah saya gunakan agak tidak bersesuaian.

    "Saya dengan ini menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf. Saya tidak berniat untuk merendahkan lagu kebangsaan. Sebaliknya, saya bersama keluarga berdiri sewaktu lagu kebangsaan itu dimainkan," seperti yang tertulis di akaun Facebook miliknya.

    Sumber: astroawani.com
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: DAP Kuching meminta maaf selepas mempersoalkan lagu kebangsaan dimainkan di pawagam Rating: 5 Reviewed By: Kaki Arnab
    Scroll to Top