Nampaknya media-media Melayu dah mula bersuara susulan kontroversi Konser Shila Amzah yang berlangsung di Malaysia tempohari
Suratkhabar Kosmo hari ini memaklumkan konsert Shila Amzah ini ditaja oleh syarikat judi nombor satu negara yang memahami syarat bahawa media Melayu perlu ditapis sensitivitinya. Berikut adalah tulisan karya Maliah Surip yang dikeluarkan di Kosmo hari ini
Untuk pengetahuan Shila (atau anda buat-buat tidak tahu), pihak media Melayu tidak dijemput oleh pihak penganjur iaitu Mega Ultimate Sdn. Bhd. dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Bhd..Kosmo! menerima undangan liputan konsert tersebut pada saat akhir selepas meminta kebenaran daripada pihak penganjur untuk membuat liputan konsert tersebut. Itupun selepas meminta seperti pengemis, demi berasa bangga dengan pencapaian Shila Amzah.Sebenarnya, kami memahami faktor mengapa media Melayu barangkali tidak dijemput kerana difahamkan ia mendapat tajaan daripada syarikat judi nombor satu negara yang memahami syarat bahawa media Melayu perlu ditapis sensitivitinya.Jadi mengapa tidak Shila pandang positif tentang ketidakhadiran media Melayu membuat liputan konsert tersebut?Shila atau peminat yang di belakang Shila perlu faham beberapa konteks tentang menerima jemputan undangan, melaporkan berita atau membuat gosip.Sebagai seorang artis yang bergiat dalam bidang seni bermula dari zaman kanak-kanak, daripada bukan sesiapa kepada Shila yang hari ini telah terbang tinggi hingga ke luar negara, Shila sepatutnya sudah masak dengan dunia hiburan.Sudah berusia 24 tahun dan mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang ini, seharusnya sikap Shila perlu jauh lebih matang daripada semua rakan sebaya.Bukan melulu dan membogelkan sikap tidak matang, tidak cerdik dan mahu diri disokong pada pihak yang benar, sedang hakikatnya tidak mengetahui punca sebenar.Shila, ingat, jangan ‘terbang terlalu tinggi’ sehingga apabila anda jatuh, ia berkecai, tidak ada satu pun yang boleh dicantum lagi.Seperti mana bangganya anda terhadap bangsa atau media Cina berhubung pencapaian anda, begitu juga media Melayu yang tidak pernah putus-putus menyokong anda selama ini.Gosip itu lumrah. Itu bayaran menjadi orang terkenal, namun jangan sampai memperlekeh sesama kita, sesama bangsa dan lapangan tempat anda mencari rezeki. Semoga anda menjadi Melayu yang tidak mudah lupa
Nampaknya isu ini dah semakin panas!
Saya yakin ini hanyalah salah faham antara pihak media dan juga kipas susah mati Shila Amzah. Diharap Shila Amzah tampil ke media dan berdamai
Apapon kami sebagai rakyat Malaysia tetap berbangga akan pencapaian Shila Amzah. Tak pernah terdetik di hati kami membelakangi kemajuannya.
Saya yakin ini hanyalah salah faham antara pihak media dan juga kipas susah mati Shila Amzah. Diharap Shila Amzah tampil ke media dan berdamai
Apapon kami sebagai rakyat Malaysia tetap berbangga akan pencapaian Shila Amzah. Tak pernah terdetik di hati kami membelakangi kemajuannya.
0 comments:
Post a Comment