MENERUSI Facebook Daily Traffic Report, seorang pengadu memohon orang ramai untuk mengesan sebuah kereta Nissan Almera berwarna putih dengan nombor pendaftaran DCH 3168.
Ia susulan kemalangan yang melibatkan pasangan suami isteri yang juga adik ipar pengadu di Jalan Paloh Hinai-Muadzam, tengah hari semalam.
Menurutnya, pemandu Nissan Almera yang merupakan seorang lelaki berbangsa Cina cuba memotong kereta mangsa, namun tidak sempat.
Akibatnya, dia menghimpit kereta mangsa sekaligus menyebabkan mangsa mengelak dan terbabas ke dalam gaung berkedalaman 10 meter.
Saksi berkata, pemandu Nissan Almera itu kemudiannya berhenti untuk memeriksa keretanya beberapa kilometer dari tempat kejadian sebelum meneruskan perjalanan.
Setakat ini, dia masih belum menyerah diri di mana-mana balai polis.
Diharapkan dengan hebahan ini, pemandu tidak bertanggungjawab ini dapat dibawa ke muka pengadilan.
0 comments:
Post a Comment