Ben Affleck merupakan pelakon yang cukup gah di Hollywood. Agak memeranjatkan apabila seorang selebriti yang besar tanpa memikirkan kehilangan sokongan peminatnya telah pertahankan Islam dari kutukan seorang hos di tv
Apabila diperlihatkan keadaan ini, suara daripada negara Islam sendiri tidak menyuarakan dengan lantang seperti ini. Agak memalukan atau adakah yang beragama Islam hanyalah di myKad sahaja?
Pada mulanya beliau dijemput untuk mempromosikan filem terbarunya bertajuk "Gone Girl" secara tiba-tiba menjadi perbualan hangat tentang Islam
Ia gara-gara kenyataan seorang tetamu rancangan yang dihoskan oleh Bill Maher, Sam Harris yang tiba-tiba mengkritik Islam dengan merujuk kepada cara Islam melayan kaum wanita, golongan homoseksual dan mereka yang tiada agama yang beliau sifatkan telah sebagai tidak dapat diterima akal.
“Apa penyelesaiannya? Hanya salahkan (agama) Islam?” soal Affleck.
“Kita membunuh lebih ramai orang Islam daripada mereka (umat Islam) membunuh kita, dengan jumlah yang cukup banyak. Kita telah menceroboh lebih banyak negara Islam daripada mereka menceroboh kita, cukup banyak. Tetapi kita masih dikecualikan daripada perkara ini kerana mereka tidak menggambarkan apa yang kita percaya. (Dengan nada sinis) Kita lakukan secara tidak sengaja, kerana itu kita menceroboh Iraq.”
Dua lagi anggota panel rancangan itu dari anggota Parti Republikan Michael Steele dan wartawan Nicholas Kristof pada sepanjang masa tidak campur tangan.
Namun Kristof ada ketikanya menyokong Affleck dengan mempersoalkan pandangan Harris yang beliau sifatkan sebagai tidak sepatutnya.
Sumber:Astro Awani
0 comments:
Post a Comment