KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di empat daerah Selangor iaitu
Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Gombak akan mengalami gangguan bekalan
air sementara pada Khamis ini mulai 9 pagi hingga 9 malam.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan gangguan itu berikutan kerja pembaikan saluran paip oleh Konsortium ABASS Sdn Bhd di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.
Katanya, pada masa sama pihak SYABAS turut melaksanakan kerja menaik taraf sistem bekalan air di kawasan berkenaan.
Kawasan yang terjejas:
Sepang: Bandar Baru Salak Tinggi, IOI Sepang, MARDI, Suria Tropika, D'Alpinia, Jenderam Hilir, 16 Sierra dan Sungai Buah.
Petaling: Bandar Bukit Puchong, Bandar Putra Permai, Bukit Puchong, Bukit Serdang, Kota Perdana, Lestari Perdana, Meranti Puchong, Lestari Puchong, Pinggiran Putra, Taman Universiti Indah, Taman Puncak Jalil, Pasar Borong Selangor, Hospital Serdang dan ASTRO Bukit Jalil.
Hulu Langat: Bandar Sri Putra, Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, Seksyen 1 hingga Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, Kampung Rinching Hilir, Kampung Jalan Enam Kaki, Beranang, Kampung Sungai Purun, Semenyih, Mines Resort dan Kolej Universiti Islam Selangor.
Gombak: Air Panas Setapak, Hospital Columbia, Jalan Semarak, Taman Danau Kota, Kampung Bandar Dalam, Taman Prima Setapak, Jalan Genting Kelang, Jalan Langkawi, Jalan Pahang dan Batu 3 hingga 5, Gombak.
Syabas menasihati pengguna supaya menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan dan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan dihantar ke 39222 untuk pertanyaan lanjut. Maklumat lanjut tentang gangguan bekalan air sementara ini juga boleh didapati di laman web Syabas di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan Facebook dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'. - BERNAMA

0 comments:
Post a Comment