728x90 AdSpace

Saturday, 4 October 2014

Takziah: Bonda Menteri Pertahanan, Dato' Seri Hishammuddin Hussein Tun Suhailah Tan Sri Noah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Tun Suhailah Mohammad Noah, balu kepada Perdana Menteri Malaysia Ketiga, Tun Hussein Onn, meninggal dunia tengah malam tadi.

Suhailah, ibu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, kira-kira jam 12.30 tengah malam, kerana sakit tua pada usia 82 tahun.

Jenazah dibawa ke kediaman Allahyarham di No 19 Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku di sini, jam 1.40 pagi tadi dengan van jenazah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Allahyarham adalah kakak kepada Tun Rahah, iaitu ibu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bapa Allahyarham, Tan Sri Mohammad Noah Omar adalah bekas Speaker Dewan Rakyat

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Takziah: Bonda Menteri Pertahanan, Dato' Seri Hishammuddin Hussein Tun Suhailah Tan Sri Noah Meninggal Dunia Rating: 5 Reviewed By: Kaki Arnab